Monday 16 November 2015

KAEDAH IMLA’I


Murid menyalin ayat yang hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati  ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

Bermacam-macam kaedah nak pelajari Al-Quran... kan? Tepuk dada, Tanya Iman kita... :)

KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)


Pengenalan
Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali

Pada Istilah
Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar  sahaja.

Objektif
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

KAEDAH TADARUS


Pengenalan
Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.

Objektif
1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip
1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan
1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba
4. Membina keyakinan diri.

KAEDAH TASMIK


Pengenalan
Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka  akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid  diminta membaca dan guru mendengar.
Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai  hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Objektif
1. Mengetahui pencapaian murid.
2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian

Pelaksanaan
1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.

Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.

KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAH


Pengenalan
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

Talaqqi
Talaqqi pada bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka. Talaqqi pada Istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka. Guru memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramai-ramai.

Musyafahah
Musyafahah pada bahasa : sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir. Musyafahah pada Istilah : Murid menerima pengajaran secara dengan sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya ( mengikut ) Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut  contoh bacaan guru secara individu.  Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al-Quran mesti berhadapan  secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
1. Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat.
2. Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.(bersemuka)
3. Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru.
4. Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar kepada  murid.

Objektif
1. Menyebut bunyi huruf hijaiyah yang berbaris dengan tepat.
2. Membezakan panjang / pendek sebutan huruf.
3. Membaca dengan betul dan fasih.
4. Yakin dan berani mencuba di hadapan guru.

Ciri-Ciri
1. Disampaikan secara individu dan kumpulan.
2. Pembimbing perlu menguasai kemahiran yang baik
3. Perlu penglibatan murid yang aktif.
4. Pembelajaran boleh dijalankan dalam kelas atau di luar kelas.
5. Perlu ada teks.

Contoh Langkah-langkah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Mencungkil pengetahuan dan kemahiran sedia ada dari murid.
2. Pembetulan dan penerangan oleh guru dari perkataan dan ayat yang dibaca.
3. Memperdengarkan bacaan contoh (kaset/ bacaan guru).
4. Merakamkan bacaan pelajar dalam pita rakaman.
5. Memperdengarkan semula bacaan pelajar dan berbincang.
6. Guru mengaitkan bacaan contoh dengan tajuk di papan tulis.
7. Menggunakan kaedah Talaqqi dan Musyafahah (guru membaca murid mengikut).
8. Membahagikan dan membentuk kumpulan berdasarkan kemahiran membaca, mendengar bacaan guru dalam kumpulan dengan bimbingan naqib di bawah pengawasan guru.
9. Mengenali hukum-hukum tajwid di dalam ayat yang dibaca seperti hukum nun dan mim yang bertasydid, mad asli dan sebagainya.
10. Guru menerangkan hukum tajwid bagi kalimah-kalimah tertentu melalui kad imbasan. Guru menulis di papan tulis.
11. Pemulihan - dengan mempamirkan carta ayat al-Quran samada ditulis di papan gulung, manila kad atau sebagainya. Pemulihan boleh dilakukan  secara latihan mengeja dan menyebut setiap patah perkataan oleh guru atau murid turus.
12. Penilaian - guru meminta seorang atau dua orang murid membaca beberapa  ayat. Guru menyoal murid beberapa hukum tajwid yang terdapat di dalam ayat.
13. Aktiviti susulan – murid dikehendaki membaca di rumah ayat-ayat yang tidak sempat dibaca di kelas dan akan diminta membaca semula pada minggu berikutnya.

Friday 6 November 2015

MUQADDIMAH

SEPERTI yang dimaklumi, al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan al-Mubarak. Sebahagian ulama berpendapat ia diturunkan pada 17 Ramadan di Gua Hira'.

Imam al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: "Dalam beberapa hadis diterangkan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Gua Hira' dan beribadat di tempat itu selama beberapa malam. Kemudian Baginda pulang ke rumah isterinya, Khadijah dan Baginda dibekalkan dengan bekalan yang cukup sehinggalah ke saat Baginda diturunkan wahyu.
Semasa Baginda berada di Gua Hira', malaikat Jibril a.s datang lalu berkata kepadanya: "Bacalah!". Lantas jawab Baginda: "Aku tidak tahu membaca."
Lalu Jibril a.s memegang Baginda dan memeluknya dengan erat sehingga Nabi berasa sukar bernafas. Kemudian Jibril melepaskan Baginda lalu berkata: "Bacalah!". Jawab Baginda lagi: "Aku tidak tahu membaca."
Jibril memegangnya lagi dan memeluknya hingga Baginda sekali lagi sukar bernafas. Lalu Jibril a.s membaca firman Allah SWT yang bermaksud:

"Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya