Sebuah blog berkenaan pengajaran & pembelajaran IQRA secara interaktif dan menyeronokkan!
Monday, 16 November 2015
KAEDAH TASMIK
Pengenalan
Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih,menelaah, menguji dan megesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.
Kaedah Tasmik bacaan ayat al-Quran sesuai digunakan bagi ayat tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkan. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.
Objektif
1. Mengetahui pencapaian murid.
2. kenal pasti tahap pencapaian.
3. Menyedarkan kesilapan bacaan.
4. Meningkatkan kemahiran indidvidu.
5. mengklafikasikan murid mengikut pencapaian
Pelaksanaan
1. Guru mendengar dan meneliti bacaan murid.
2. Murid dikehendaki membaca kumpulan dan individu bergilir-gilir.
3. Murid dikehendaki membaca dengan suara yang nyaring.
Kekuatan
1. Guru dapat membetulkan bacaan murid dengan tepat
2. Guru dapat mendisiplinkan murid dengan baik
3. Guru dapat mempastikan murid tidak melakukan kesilapan.
4. Guru dapat mengenalpasti tahap kebolehan murid dengan tepat
5. Guru dapat mengesan kelemahan bacaan murid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekolah saya pun guna kaedah ni... untuk semua murid. Biasanya kami buat waktu akhir jadual... sebelum pelajar pulang.
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteSangat baik untuk mengetahui kesalahan bacaan..
ReplyDeleteTahniah kaedah yang menarik sekali.
ReplyDeleteAntara altenatif uang baik..teruskan
ReplyDeleteKaedah yang baik..boleh dijadikan pnp di sekolah...
ReplyDeleteKaedah pembelajaran yg lebih efektif dan berkesan harus di teruskan.tahniah.
ReplyDeleteSangat bagus kaedah ini.Senang memperbetulkan bacaan
ReplyDelete