IQRA' 1 - 3

Buku Iqra` 1
1. Kaedah mengajar:
1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja.
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah.
2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi  ulasan.
3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut:
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi (..), guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca (..) dan sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar.
6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti: …..contohh…
7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. ( pindah keada isi kemahiran yang berikutnya ) contoh rujuk buku iqra-1 …
8. Penilaian – guru berkenaan sebagai penilainya.

Buku Iqra` 2
1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2.
2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna.
3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang  disambung, contohnya:.di akhir . ...... .diawal, ..... . . ..........di tengah kerana biasanya murid-murid sudah boleh memahami dan membacanya.
4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek.
5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus.
6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru  tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.

Buku Iqra` 3
1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8 juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3.
2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang  sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara.
3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid.
4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti:.....  ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi.

1 comment:

  1. panduan yang berguna untuk pengajaran iqra' di sekolah

    ReplyDelete