Monday 16 November 2015

KAEDAH TADARUS


Pengenalan
Pada bahasa : Belajar mengajar
Pada Istilah : Pembacaan dalam halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh ahli halaqah yang lain.
Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar danmembetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya membaca atau mengeja.

Objektif
1. Meningkatkan kemahiran sesama murid
2. Guru dapat memantau pencapaian murid.
3. Murid mendapat keyakinan diri.
4. Pencapaian murid dapat diselaraskan.

Prinsip
1 . Bacaan dilaksanakan dalam halaqah.
2. Pembacaan secara bergilir dan diperhati serta dibetulkan oleh ahli halaqah.
3. Apabila berlaku kesalahan, teguran terus dilakukan.
4. Bacaan dilakukan dengan jelas dan terang dan didengari di kalangan ahli.

Pelaksanaan
1. Hendaklah ditentukan bahan/ ayat.
2. Hendaklah ditentukan ahli dalam kumpulan halaqat mengikut peringkat kemahiran.
3. Jumlah ahli kumpulan tidak melebihi dari 5 orang.
4. Hendaklah dilantik seorang murid turus sebagai pembimbing/naqib.
5. Guru hanya memantau aktiviti murid, dan hanya membantu apabila perlu.

Kekuatan
1. Bimbingan terus guru dan ahli halaqah.
2. Pengajaran dan Pembelajaran secara aktif
3. Berani mencuba
4. Membina keyakinan diri.

8 comments:

  1. Biasanya kita guna kaedah ni masa bulan Ramadhan... kann?

    ReplyDelete
  2. kaedah ini juga sangat sesuai untuk memperkenalkan iqra' dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan semakan di antara pendengar yang lain.Pendengar yang lain boleh menyemak dan membetulkan kesalahan bacaan.

    ReplyDelete
  3. Kaedah yg seringkali diguna pakai...

    ReplyDelete
  4. Info yang menarik dan boleh dijadikan panduan dalam p&p.

    ReplyDelete
  5. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam menguasai iqra'

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang memberi manfaat...tahniah

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang menarik..boleh dijadikan contoh...

    ReplyDelete