Monday 16 November 2015

KAEDAH TIKRAR (Latih tubi/Ulangan)


Pengenalan
Maksud Tikrar pada bahasa ; Ulangan berkali-kali

Pada Istilah
Aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan berulang kali. Selepas guru membaca, murid-murid ikut. Seorang murid membaca dan dikuti oleh murid-murid lain. Murid-murid membaca secara kelas. Murid-murid membaca beramai ramai mengikut kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. Seorang murid membaca, yang lain mendengar  sahaja.

Objektif
1. Murid dapatmenyebut huruf /kalimah dengan betul dan fasih.
2. Menekankan sebutan ulangan sehingga menghasilkan satu kemahiran yang tekal.
3. Boleh membezakan bunyi sebutan dengan pelbagai baris.

Pelaksanaan
1. Hendaklah ditentukan bahan /isi kandungan.
2. Memastikan tahap kebolehan murid.
3. Guru memperdengarkan bacaan, sementara murid mendengar dengan teliti.
4. Guru meminta murid mengulangi bacaan sehingga fasih dan guru berpuas hati.
5. Kemahiran yang diajar tidak diubah sehingga murid mengusainya.

Kekuatan
1. Guru dapat mengenalpasti kemahiran yang dikuasai oleh setiap murid.
2. Ia sesuai digunakan untuk aktiviti pemulihan.
3. Dapat membina keyakinan diri murid.

8 comments:

  1. Cikgu.. ada tak video pengajaran yang berkaitan dengan kaedah ini? Kalau ada sudi-sudikanlah share.... ;)

    ReplyDelete
  2. Kaedah ini adalah Angara kaedah yang berkesan kerana kaedah ini membolehkan murid cepat mengingat sebab berbentuk ulang dan ulang...

    ReplyDelete
  3. Aplikasi dan info yang menarik. tahniah.

    ReplyDelete
  4. antara kaedah yang praktikal digunakan...

    ReplyDelete
  5. Kaedah yang sangat berkesan..

    ReplyDelete
  6. Wah..perkongsian yang menarik dan bermanfaat...

    ReplyDelete